Daisypath Friendship tickers

Nuffnang

Wednesday 17 August 2016

Tengah lap sawang dekat blog...



Assalamua'laikum...
Selamat pagi kengkawan di alam maya..

Alhamdulillah, akhirnya dapat jugak amik mase untuk lap semua habuk serta sawang yang dok main kat blog aku ni... Maaf lama tak update sebab aku sangat sibuk kat lua ni... sebelum ni plan sebulan sekali akan update blog ni, tapi nampak gaya macam setahun sekali jek.. kah kah kah...

Tahun lepas banyak perkara yang nak diuruskan, selepas acu sihat dari kemalangan motor tempoh hari, abah pulak menyusul, jadi mase untuk aku mengadap blog mmg TAKDE... sebab ramai yg memerlukan bantuan kat dunia yang nyata dr aku berangan-angan atau meluahkan atau bermimpi di dunia alam maya aku ni.. hik hik hik...

Bulan 9 tahun lepas abah kena minor stroke ... Selepas adik bongsu aku sihat dan dah boleh jalan sepenuhnya walapun tempang abah pula menyusul, dugaan kecil Allah buat kami sekeluarga. Sekarang dah hampir setahun abah duduk di rumah. Dah tak seaktif dulu, syukur Alhamdulillah abah masih boleh berjalan, abah boleh ke bilik air tanpa bantuan mak lagi. Apa yang jadi mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan dan sedara-mara pada kami. Setiap yang terjadi pasti ade hikmahnya.


 Mudah-mudahan....

Pinjam gambar dari imuslimmag. boleh Share untuk manfaat bersama.










P/s: Nikmati kehidupan dengan ape adanye. 2016 juga hanya tinggal beberapa bulan je lagi.