Daisypath Friendship tickers

Nuffnang

Friday 15 May 2020

Khatam di bulan Ramadhan...

Assalamualaikum...
Selamat pagi...


Alhamdulillah, terima kasih Allah s.w.t kerana telah memberi ruang, peluang serta memudahkan niat aku untuk khatam lagi di bulan Ramadhan. Semoga Allah terima sedekah ini bukan hanya buat diri sendiri malah khas untuk arwah abah Samsi Anuar bin Salleh. Dua tahun dah abah tinggalkan kami semua, dua tahun ni juga kaklong dapat khatam dalam bulan mulia abah. Kehilangan abah memberi kesedaran juga hikmah buat kaklong bukan sahaja kesedihan. Alhamdulillah selesai sudah #roadtokhatam untuk Ramadhan tahun 2020. Semoga ada rezeki, ruang, peluang & dimudahkan lagi buat aku, ahli keluarga yang lain & sahabat-sahabat untuk khatam lagi di masa akan datang. Terharu & terima kasih pada kenalan yang cakap diorang terinspirasi melihat aku khatam & mereka juga ingin turut khatam. Ambil yang baik-baik sahaja. Jangan berhenti, bermula kembali di bulan yang mulia juga ye korang.




P/s: Semoga Allah mudahkan untuk setiap tahun buat aku dan semua.