Daisypath Friendship tickers

Nuffnang

Showing posts with label family. Show all posts
Showing posts with label family. Show all posts

Thursday, 25 May 2023

Senyum & Emak...

 Assalamualaikum & hai...

Raya ke empat tanggal 25 April 2023, emak kemalangan. Akibat dari kemalangan tu, mak patah bahu kanan & patah tangan kiri. Genap sebulan mak kemalangan, alhamdulillah mak semakin sihat. Haritu, bawa mak temujanji di hospital, tulang-tulang yang patah tak menunjukkan sebarang progress pun, masih sama. Apa pun, kami redha dengan apa yang terjadi. Sedih bila teringat ayat mak "mak syukur, semua anak-anak mak ada mengurus dan bersama dengan mak. Terima kasih anak-anak mak."

"hadapi dengan senyuman, 
semua yang terjadi, biar terjadi...
hadapi... dengan tenang jiwa...
semua... akan baik-baik saja..."




Terima kasih sebab ada bersama ♡ ...


P/s: Terima kasih mommy (adik perempuan sis), telah bekorban masa serta tenaga jaga mak sampai mak dah sihat. Sis hanya dapat datang hujung minggu dan uruskan temujanji hospital sahaja memandangkan sis bekerja. Semoga Allah permudahkan urusan kita semua....

Wednesday, 6 January 2021

Mak...

 Assalamualaikum dan selamat pagi...


Sementara ada...
Terima kasih Allah kerana memberi peluang dan kesempatan untuk aku bahagiakan mak dengan cara aku dan apa adanya aku. Terima kasih mak sentiasa ada, bukan saja sebagai emak, tapi sebagai sahabat untuk kami semua. Seorang yang periang dan kuat membebel. Itulah mak kami. Kalau jumpa asik nak lawan mulut, bile tak jumpa mula rase sunyi dan teringat-teringat mulut bising mak. Semoga Allah kurniakan mak, Mawarna Binti Bikman kesihatan yang baik, kebahagian yang sentiasa, kasih sayang yang melimpah, rezeki yang baik-baik tiada hentinya. Semoga mak gembira dengan kami walaupun abah tiada disisi mak. Abah, kami semua jaga mak untuk abah.




P/s: Kasih sayang yang benar itu sangat susah untuk dimiliki, bukan semua orang dapat memilikinya dengan ikhlas.

Tuesday, 18 September 2018

Abah pergi buat selamanya...

Asalamualaikum...

Al-fatihah abah, Samsi Anuar bin Salleh.
Alhamdulillah kami semua (mak, anak-anak/menantu dan cucu-cucu abah) mengelilingi abah sehingga nafas terakhir abah...







Rindu yang tiada penghujung 😢
Kami rindu abah sangat, setiap kali baca yassin malam jumaat pasti air mate peneman setia. Walaupun abah tiada pada pandangan kaklong tapi abah sentiase ada dalam hati kaklong & kami semua. Sekarang kaklong dah rasa pedihnye kehilangan seorang abah. Betul la kate org dah takde, nak meratap pun tak gune. Bersyukur sangat-sangat kpd Allah sebab beri peluang kaklong luangkan mase jaga/temankan abah dalam tempoh abah stroke dari tahun 2015.

Kami semua redha diatas permergian abah. Tapi kami juga seperti orang lain yang tak lari dari berkata-kata dan memikir kenapa cepat sangat abah pergi tinggalkan kami semua 😭 . Ada satu hari seorang sahabat telah mengingatkan kaklong, mungkin dia risau tengok kaklong terlampau bersedih diatas kehilangan abah. Alhamdulillah Kaklong lebih sedar & lebih waras bile bace kata-katanya. Terima kasih sahabat, kerana kau mengingatkan aku pada Allah. Aku harap kau tahu siape kau yang aku maksudkan.

Semoga Abah tenang bersama golongan orang-orang yang beriman serta dilapangkan dan diterangi cahaya di alam sana. Juga dijauhkan dari azab api neraka & diampuni segala dosa-dosa abah sepanjang hayat abah, amin yarobbala'lamin....

: 13.10.1959 - 02.05.2018 (Rabu)
: 10:45 a.m 
: Stroke



P/s : Hampir 5 bulan abah pergi dan berada di alam yang kekal abadi... 🐝

Tuesday, 13 December 2016

Gubahan hantaran yang super simple...

Assalamua'laikum & pagi kawan-kawan alam maya...
Dah pertengahan bulan Disember.. Ape orang putih kabo "time flies like an arrow". Pantas, tak sedar. Bulan ni macam akan ade update lagi je kalau tade pape la, kalau malas see you all on January 2017 la ye. Next year ..

Tinggal lagi beberapa hari je lagi adik bongsu awak nak mendirikan rumah tangga. Seda tak sedarlah haa... Alhamdulillah hampir semuanya dah setel tinggal beberapa item je yang masih belum iaitu buah-buahan, kek dan sirih junjung. Sebab barang-barang ni fresh, so tak ley la nak buat awal-awalkan, yang lain dah bereh. 

Memandangkan adik awak lelaki dan dia pulak kene hias barang hantaran sendiri sebab pihak pempuan nak hias barang hantaran sebelah/untuk perempuan sendiri, jadi awak sebagai kakak yang sado ni pon buatlah gubahan hantaran yang super simple khas buat adik bongsu awak.


Nah awak banje gambo, ni le hasil dari jejari montoks awak haa....














P/s: Gubahan hantaran yang ringkas dari kakak untuk adiknya.. Kakak tak berwang, jadi kakak sponsor ape adenya la.. Alhamdulillah siap dan tercapai la hajat awak nak buat gubahan hantaran sendiri.. ade yang nak tempah ke? hahaha...

Tuesday, 22 November 2016

Bongsu ...

Assalamualaikum semua...

Sebulan sekali akan update, sedang berusahe mencube ...
Tinggal lagi sebulan je adik bongsu nak mendirikan rumah tangga. Akhirnya semua anak-anak mak dan abah dah ade keluarga sendiri. Kami pulak la merase macam mana nak harung hidup berumah tangga membesarkan anak-anak macam mak dan abah dulu-dulu...

Aku yang bajet kaklong-kaklong sangat ni tak tau nak bagi adik ape. Memandangkan kaklong ni tak berapa nak berWANG kan..... Jadi kaklong pon bebesar hati nak membantu meringankan beban adik bongsu hakak ni dengan menghadiahkan segala hantaran punye hiasan dan beberapa item untuk hantaran akan disediakan oleh kaklong dan juge sedikit cenderahati buat pihak perempuan. 

Nanti kite tengoklah ape akan jadi... Adik lelaki sebab tu berani nak hias hantaran sendiri sebab lelaki ni kan simple... Tak perlu hiasan yang sarat macam hiasan sebelah perempuan. Kalau perempuan semestinya la maunye cecantik, sarat-sarat serta blink-blik macam hakak dedulu gitu le, hehehe...


Ini pilihan warna untuk hantaran adik bongsu kaklong...

Biru memang sinonim dengan kaum lelaki tapi selit light pink kat situ untuk menampakkan kelembutan...










P/s: Kaklong doakan segala urusan korang berjalan dengan lancar dan berbahagialah kalian hingga Jannah... amin... Sebagai suami, tanggungjawab besar dan berat. Moge jadi ketua keluarga yang baik buat keluarga ye... 

Wednesday, 17 August 2016

Tengah lap sawang dekat blog...



Assalamua'laikum...
Selamat pagi kengkawan di alam maya..

Alhamdulillah, akhirnya dapat jugak amik mase untuk lap semua habuk serta sawang yang dok main kat blog aku ni... Maaf lama tak update sebab aku sangat sibuk kat lua ni... sebelum ni plan sebulan sekali akan update blog ni, tapi nampak gaya macam setahun sekali jek.. kah kah kah...

Tahun lepas banyak perkara yang nak diuruskan, selepas acu sihat dari kemalangan motor tempoh hari, abah pulak menyusul, jadi mase untuk aku mengadap blog mmg TAKDE... sebab ramai yg memerlukan bantuan kat dunia yang nyata dr aku berangan-angan atau meluahkan atau bermimpi di dunia alam maya aku ni.. hik hik hik...

Bulan 9 tahun lepas abah kena minor stroke ... Selepas adik bongsu aku sihat dan dah boleh jalan sepenuhnya walapun tempang abah pula menyusul, dugaan kecil Allah buat kami sekeluarga. Sekarang dah hampir setahun abah duduk di rumah. Dah tak seaktif dulu, syukur Alhamdulillah abah masih boleh berjalan, abah boleh ke bilik air tanpa bantuan mak lagi. Apa yang jadi mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan dan sedara-mara pada kami. Setiap yang terjadi pasti ade hikmahnya.


 Mudah-mudahan....

Pinjam gambar dari imuslimmag. boleh Share untuk manfaat bersama.










P/s: Nikmati kehidupan dengan ape adanye. 2016 juga hanya tinggal beberapa bulan je lagi.

Tuesday, 21 April 2015

Throwback awal tahun 2015, aku busy! ...

Assalamu'alaikum...
Hari yang molek cuacanye...
Cerite tentang kenangan kelmarin ye uols...

Agak lame aku tak update cerita dalam blog ni. Tak sempat jugak untuk ucapkan selamat tahun baru "2015" kepada korang. Hari berganti hari, begitu jugak dengan bulan. Banyak bende yang berlaku untuk beberapa bulan kebelakangan ini. Ade yang pahit tidak kurang yang manis serta masin di satu-satu sudut kehidupan harian aku ni. Tidak mengapa, inilah baru dikatakan erti kehidupan. Alhamdulillah....

Tanggal 1 Januari 2015, telah membawa pelbagai perassan pada kami sekeluarga. Alep/acu (anak bongsu Pak Anuar & Acik Mawar) telah mengalami kemalangan jalan raya. Alhamdulillah alep selamat dan semakin sihat sekarang. Kemalangan tu telah membuatkan tulang paha adik aku patah dan tulang terkeluar menembusi daging dibahagian tepi paha kanannye.

Aku dan mak silih berganti menjaga Alep kat hospital hampir sebulan. Lala dengan part dia (masak-memasak). Memasing menjalankan tugas masing-masing untuk menjaga anak bongsu Pak Anuar & Acik Mawar. Bila Alep dapat balik rumah semua orang happy sangat-sangat. Kami cume mengharapkan segala urusan Alep berjalan dengan tenang, lancar dan segera. Banyak air mata Alep tumpah lagi banyak air mate mak dan kami tumpah Lep. Apepun kehidupan perlu diteruskan, kuatkan semangat sebab kami semua ade di sisi, di hadapan juga di belakang Alep. SENANG DAN BERPAYAH LAH BERSAMA-SAMA. BERKASIH SAYANGLAH KITE SELAGI BERNYAWA KERANA IANYA INDAH, SYURGA DUNIA BERSAMA KELUARGA. Ingatlah adik-adik kak long, kite tak ramai, kite biase-biase sahaja, kite empat beradik sahaja dan janganlah kite lupe saling hormat menghormati. 

~ Punca tulis cerite ini : Sebab baru je jap ni dapat panggilan dari mak [ Selasa:21 April 2015].

Macam biaselah Alep setiap dua minggu akan gi check-up dan mak abah la sayap (ala-ala angel punye sayap tu) untuk Alep kehulu kehilir. Bersyukur sebab kami masih punya mak abah yang sihat dan punye kederat yang masih baik untuk membantu anak-anak mereka. Ya Allah yang Maha Segalanya, kami berdoa untuk mak dan abah kami semoge diperluaskan rezeki yang baik buat mereka berdua, permudahkan jua segala urusan mereka di dunia mahupun di akhirat serta di Jannah sana, sesungguhnya Engkau Maha Mendengar Doa. Aamiiiiin.....

Mak cakap Doc. nak patahkan tulang Alep yang dah bersambung sebab tulang tu sambung tak betul, alignment ade terkucil sikit. Mak cakap Alep terus kua dari bilik Doc. lari kat hujung koridor hospital pastu Alep menagis. Mak tenangkan alep dan dengar cerite Alep. Lepas tu mak pulak masuk dan berbincang dengan Doc. dengan harapan ade cara lain dan Alep tak perlu buat pembedahan lagi. Tapi harapan kami untuk Alep tak dibedah lagi tipis. Bersabarlah adik, ini yang terbaik buat ko dik. Kak Long yang jage ko siang malam, Kak Long pon rase sakit ko tu, Kak Long paham dan tahu ape yang ko pikir dan rase jauh di dalam kotak fikiran dan sudut hati ko tu. Bersabarlah, mohon pada Allah segala urusan kali ini berjalan lancar, tenang dan disegerakan kerna Dia Maha Segalanya...

Dade terpakse tebuk sebab pernafasan tak lancar/drop :


Sesi menahan sakit selepas pembedahan serta sesi airmata dan pujuk memujuk
(time ni berlinang airmata aku, adik aku sakit sampai ter"poo-poo")




 Alhamdulillah tulang dah duduk lurus kat dalam paha tu dengan bantuan "antena" di tepi paha Acu...



orang-orang sado yang akan mengambil tahta acu sebab lepas ni Acu dah tak sado dah ... takpe lepas ni dah sihat g sadokan balik badan ye... Meanwhile nurse cleaning the wound (dressing),  Mak & Kak Long nak bersantap kejap.


Here you go bebeh.. Let's rock"!


Tunggu mase nak discharge... Alhamdulillah balik jua kerna daku sangat rindukan bantal yang penuh dengan peta dan bau yang ohsem dan tilam yang empuk.. Kami gembira dapat pulang. 


Hasil kerjaan kakak sado selama duk hospital jaga adik dikala tak boleh tido tengah malam.. Doodle keep me alive when i felt bored... that make me feel much better... doodle make my boredom go away too .... just love, oh no... i really love it guys"!





P/s : Kami kaum keluarge sentiase mendoakan segalanya berjalan lancar Acu.. insyaa Allah... Fighting"!  Maaf xdapat nk update blog selalu sebab masa agak mencemburui aku...

Tuesday, 25 June 2013

Quality time...

Assalamua'laikum wbt.....

Last weekend  22.06.2013 , adik yang bongsu open table.... dia belanje kami satu family dinner.... ok mesti k0rang tertanye..belanje untuk ape? biaselah selalunye kalau belanje ni mesti ade sebabkan.. Kami sambut birthday dia yg ke-(?) in advance la... padahal birthday dia 30hb Jun kot..so, kami sambut awal la..sekaligus makan-makan untuk family gathering... 

Yang lawaknye... birthday boy plak yang belanjekan.. i sponsor kek aje..hehe...

Thank You so much Alip sebab belanje kami semua....
Selamat Hari Lahir...
Moge sentiasa Sihat, Dimurahkan Rezekinya,
Bahagia bersama insan tersayang, jadilah anak dan adik yang baik serta soleh...
Amin yarobbala'lamin...




Dua beradik ni party buih before nak pergi dinner...







BFF aku pon ade..tu kawan dari kecik, ni la kawan rapat kat kampung..hehehe...


nitik ayor lior Aish







kokak jangan tak kokak abg yan..


Tangan tua abah pasangkan lilin untuk si anak bongsu...





drama sungguh....


Drama lagik..Abah tikam Alip


Abah sembelih plak...hehehe
ini semua sekadar gurauan kami sekeluarga..



have fun"!



Abang Iyan buat jelingan manje OK...




Laki aku yg senget n super sporting"!
I Love You Musang"!





ade gaye mak tiri tak?


Mak tiri mengamuk"!
ini lah kuarge kecik aku...


Alhamdulillah time ni semua ade...Suami Lala yg jarang join pon ade, tp gamba la plak tak de... sebab dia datang lewat sikit... so completed kami sekeluarge berkumpul... ni la gelagat family aku yang gile-gile... mak abah yang sporting ....








P/s : Sayang kalian semua...