Daisypath Friendship tickers

Nuffnang

Wednesday, 6 January 2021

Mak...

 Assalamualaikum dan selamat pagi...


Sementara ada...
Terima kasih Allah kerana memberi peluang dan kesempatan untuk aku bahagiakan mak dengan cara aku dan apa adanya aku. Terima kasih mak sentiasa ada, bukan saja sebagai emak, tapi sebagai sahabat untuk kami semua. Seorang yang periang dan kuat membebel. Itulah mak kami. Kalau jumpa asik nak lawan mulut, bile tak jumpa mula rase sunyi dan teringat-teringat mulut bising mak. Semoga Allah kurniakan mak, Mawarna Binti Bikman kesihatan yang baik, kebahagian yang sentiasa, kasih sayang yang melimpah, rezeki yang baik-baik tiada hentinya. Semoga mak gembira dengan kami walaupun abah tiada disisi mak. Abah, kami semua jaga mak untuk abah.




P/s: Kasih sayang yang benar itu sangat susah untuk dimiliki, bukan semua orang dapat memilikinya dengan ikhlas.

No comments:

Post a Comment