Daisypath Friendship tickers

Nuffnang

Sunday, 7 February 2021

Kongsi rezeki...

 Assalamua'laikum & selamat malam...
Rezeki di hari Jumaat, penghulu segala hari...





Alhamdulillah, syukur dengan rezeki yang Allah hadirkan pada aku. Terima kasih pada suami yang tak pernah lokek kongsi rezeki dengan isteri dia ni. Aku bersyukur dengan rezeki ini, walaupun ianya laptop terpakai aku sangat senang dan sangat terharu dengan pemberian ini. Melompat aku masuk rumah bila suami bagi laptop ni. Memandangkan dengan keadaan negara yang masih dalam fasa PKP (2.0), kemudahan seperti ni sangat-sangat perlu buat masa sekarang. Semua aktiviti dijalankan secara online. Work from home juga masih berjalan mengikut jadual. Syukur sangat dengan nikmat dan rezeki yang Allah beri pinjam di dunia ini. Kasihnya seorang suami yang tak berbelah bahagi.



P/s:  Semoga Allah sentiasa melimpahkan, meluaskan juga berikan rezeki yang tak putus-putus serta yang baik-baik buat suami aku, Aisam Bin Osman supaya aku Siti Baidura Binti Samsi Anuar akan selalu terkena tempiasnya, aamiin... (Doa ini aku memang selalu dan sentiasa amalkan, memang berkesan weh, sampai suami aku juga dah terikut dan doa yang sama jugak 😆😄)...

No comments:

Post a Comment