Asalamualaikum...
Alhamdulillah kami semua (mak, anak-anak/menantu dan cucu-cucu abah) mengelilingi abah sehingga nafas terakhir abah...
Kami rindu abah sangat, setiap kali baca yassin malam jumaat pasti air mate peneman setia. Walaupun abah tiada pada pandangan kaklong tapi abah sentiase ada dalam hati kaklong & kami semua. Sekarang kaklong dah rasa pedihnye kehilangan seorang abah. Betul la kate org dah takde, nak meratap pun tak gune. Bersyukur sangat-sangat kpd Allah sebab beri peluang kaklong luangkan mase jaga/temankan abah dalam tempoh abah stroke dari tahun 2015.
Kami semua redha diatas permergian abah. Tapi kami juga seperti orang lain yang tak lari dari berkata-kata dan memikir kenapa cepat sangat abah pergi tinggalkan kami semua 😭 . Ada satu hari seorang sahabat telah mengingatkan kaklong, mungkin dia risau tengok kaklong terlampau bersedih diatas kehilangan abah. Alhamdulillah Kaklong lebih sedar & lebih waras bile bace kata-katanya. Terima kasih sahabat, kerana kau mengingatkan aku pada Allah. Aku harap kau tahu siape kau yang aku maksudkan.
Semoga Abah tenang bersama golongan orang-orang yang beriman serta dilapangkan dan diterangi cahaya di alam sana. Juga dijauhkan dari azab api neraka & diampuni segala dosa-dosa abah sepanjang hayat abah, amin yarobbala'lamin....
: 13.10.1959 - 02.05.2018 (Rabu)
: 10:45 a.m
: Stroke
P/s : Hampir 5 bulan abah pergi dan berada di alam yang kekal abadi... 🐝