Assalamualaikum & hai...
Raya ke empat tanggal 25 April 2023, emak kemalangan. Akibat dari kemalangan tu, mak patah bahu kanan & patah tangan kiri. Genap sebulan mak kemalangan, alhamdulillah mak semakin sihat. Haritu, bawa mak temujanji di hospital, tulang-tulang yang patah tak menunjukkan sebarang progress pun, masih sama. Apa pun, kami redha dengan apa yang terjadi. Sedih bila teringat ayat mak "mak syukur, semua anak-anak mak ada mengurus dan bersama dengan mak. Terima kasih anak-anak mak."
"hadapi dengan senyuman,
semua yang terjadi, biar terjadi...
hadapi... dengan tenang jiwa...
semua... akan baik-baik saja..."
Terima kasih sebab ada bersama ♡ ...
P/s: Terima kasih mommy (adik perempuan sis), telah bekorban masa serta tenaga jaga mak sampai mak dah sihat. Sis hanya dapat datang hujung minggu dan uruskan temujanji hospital sahaja memandangkan sis bekerja. Semoga Allah permudahkan urusan kita semua....