Daisypath Friendship tickers

Nuffnang

Friday, 14 August 2020

My world is always you...

Assalamualaikum & selamat pagi...

My husband is my bestfriend...

Kami bertemu pada tahun 2007, kemudian menikah pada tahun 2009. Alhamdulillah walau dalam apa jua keadaan & masih berdua... Semoga akan sentiasa dikelilingi dengan perkara dan aura yang baik-baik serta positif. 

 Gambar raya Aidil Adha yang ringkas...

Outfit BFF i ni adalah kepunyaan arwah abah...
Al-Fatihah Abahku, Samsi Anuar bin Salleh...

Bukan aje suami tapi dia kawan baik malah geng ride i jugak..

Ride pertama bersama dalam tempoh PKPP (Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan). PapaLong bawa MamaLong ke Melaka, lama tak ride since PKP(Perintah Kawalan Pergerakan) bermula pada Mac 2020 haritu.




P/S : Next ride cuti Merdeka, InshaAllah...

Tuesday, 2 June 2020

Raya tahun ke-12 kami...

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...


Ikutkan raya tahun ni turn suami, tapi memandangkan keadaan yang sedang melanda Malaysia & seluruh dunia kita terpaksa akur dengan saranan kerajaan. #staysafe, #kitajagakita, #covid19 . Alhamdulillah kami bersyukur sebab family aku berdekatan dengan kami dan boleh menyambut raya aidilfitri bersama keluarga juga sanak-saudara sebelah aku. Suami cakap tak kisah raya sebelah mana pun, janji raya ada buat lemang. Kalau tak melemang tak rasa raya tu katanya. Raya tahun ni paling jimat dari segi wang dan masa untuk persiapan, sebab tak perlu berasak ke mall atau mana-mana tempat untuk mencari baju raya dan persiapan raya yang lain. Suami pakai baju raya tahun 2018, aku pakai baju kerja. Raya untuk tahun ke-12 sebagai suami isteri dan kami masih menghitung menuju ke hari tua bersama. 




P/s: Salam syawal, mohon maaf zahir & batin dari kami buat semua kenalan.

Friday, 15 May 2020

Khatam di bulan Ramadhan...

Assalamualaikum...
Selamat pagi...


Alhamdulillah, terima kasih Allah s.w.t kerana telah memberi ruang, peluang serta memudahkan niat aku untuk khatam lagi di bulan Ramadhan. Semoga Allah terima sedekah ini bukan hanya buat diri sendiri malah khas untuk arwah abah Samsi Anuar bin Salleh. Dua tahun dah abah tinggalkan kami semua, dua tahun ni juga kaklong dapat khatam dalam bulan mulia abah. Kehilangan abah memberi kesedaran juga hikmah buat kaklong bukan sahaja kesedihan. Alhamdulillah selesai sudah #roadtokhatam untuk Ramadhan tahun 2020. Semoga ada rezeki, ruang, peluang & dimudahkan lagi buat aku, ahli keluarga yang lain & sahabat-sahabat untuk khatam lagi di masa akan datang. Terharu & terima kasih pada kenalan yang cakap diorang terinspirasi melihat aku khatam & mereka juga ingin turut khatam. Ambil yang baik-baik sahaja. Jangan berhenti, bermula kembali di bulan yang mulia juga ye korang.




P/s: Semoga Allah mudahkan untuk setiap tahun buat aku dan semua.

Tuesday, 17 March 2020

Malaysia Tanah Airku...

Assalamualaikum...




Semoga semua rakyat Malaysia dipelihara serta dilindungi oleh Allah s.w.t . Semoga semua orang tak selfish dan lebih peka. Boss dah suruh bawa balik laptop, sambung kerja di rumah. Saya Yang Menjalankan Amanah. Jaga diri semua orang. Semoga Allah bantu kita dalam menjalani hari-hari mendatang dan diberi kebebasan juga kesembuhan sepenuhnya dari Covid-19, inshaAllah. Semoga kiranya Engkau hindarkan kami Ya Allah dari bala dan wabak. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu, aamiin....




P.s : Ya Allah aku berlindung dengan-Mu daripada penyakit sopak, gila, kusta dan penyakit-penyakit berbahaya.

Thursday, 6 February 2020

Heart...

Assalamualaikum...



Yup, ianya agak menguntungkan...
While keeping someone you hate in your heart, your heart will be scarred & hurt. Keep people you like in your heart. Only then can you eat well and sleep well - (CLOY).
 Keep on rocking! awek muda weh, serius. You don't need to be perfect to be good!





P/s : I'm learning to love myself & i love myself as i am...

Thursday, 16 January 2020

Kenangan, Tahun 2019...



Assalamualaikum....

Permulaan tahun yang agak kemarau.
Kering-kontang. Kemudian....
Cuaca yang segar & indah hadir dipenghujung tahun 2019.
I missed myself. Im glad shes coming back.
Kehidupan peribadi aku sangat-sangat baik. Alhamdulillah.
Cuma kemarau & kering itu lebih kepada kerjaya.




P/s: My husband is my Best friend!
       Sepi blog aku tiada post utk tahun 2019...

Tuesday, 18 September 2018

Abah pergi buat selamanya...

Asalamualaikum...

Al-fatihah abah, Samsi Anuar bin Salleh.
Alhamdulillah kami semua (mak, anak-anak/menantu dan cucu-cucu abah) mengelilingi abah sehingga nafas terakhir abah...







Rindu yang tiada penghujung 😢
Kami rindu abah sangat, setiap kali baca yassin malam jumaat pasti air mate peneman setia. Walaupun abah tiada pada pandangan kaklong tapi abah sentiase ada dalam hati kaklong & kami semua. Sekarang kaklong dah rasa pedihnye kehilangan seorang abah. Betul la kate org dah takde, nak meratap pun tak gune. Bersyukur sangat-sangat kpd Allah sebab beri peluang kaklong luangkan mase jaga/temankan abah dalam tempoh abah stroke dari tahun 2015.

Kami semua redha diatas permergian abah. Tapi kami juga seperti orang lain yang tak lari dari berkata-kata dan memikir kenapa cepat sangat abah pergi tinggalkan kami semua 😭 . Ada satu hari seorang sahabat telah mengingatkan kaklong, mungkin dia risau tengok kaklong terlampau bersedih diatas kehilangan abah. Alhamdulillah Kaklong lebih sedar & lebih waras bile bace kata-katanya. Terima kasih sahabat, kerana kau mengingatkan aku pada Allah. Aku harap kau tahu siape kau yang aku maksudkan.

Semoga Abah tenang bersama golongan orang-orang yang beriman serta dilapangkan dan diterangi cahaya di alam sana. Juga dijauhkan dari azab api neraka & diampuni segala dosa-dosa abah sepanjang hayat abah, amin yarobbala'lamin....

: 13.10.1959 - 02.05.2018 (Rabu)
: 10:45 a.m 
: Stroke



P/s : Hampir 5 bulan abah pergi dan berada di alam yang kekal abadi... 🐝