Assalamualaikum & hai...
Untuk mengelakkan post tahun 2024 ni kosong, moh le kite cerita dan kongsi pasal berkhemah ye. Alhamdulillah dah setahun lebih la dok buat aktiviti ni, kami enjoy, kami gembira & rasa tenang bile buat aktiviti ni. Lain orang lain hobi dan minatnya, tp kami memang suka & cinta dgn dunia ber'camping' ni.
Selain dapat berkumpul & jumpa family, dapat juga jumpa kengkawan yang punya minat yang sama. Kami pernah sekali je pergi camping berdua dan selainnya kami pergi dengan anak-anak saudara & cucu-cucu saudara keluarga sebelah Suami.
Macam orang lain, kami bermula dengan khemah yang biasa je sebab takut nak melabur lebih-lebih, maklumlah tak pasti hobi ni hanya sementara atau lebih lama. Kami bermula dengan tent biasa dan upgrade kepada tent yang lebih besar & kukuh yang dibeli kat shopee. Meh nak kongsi perjalanan khemah yang kami gunakan dan semuanya masih aku simpan, kami pakai tent secara bergilir.
Khemah pertama & camping yang pertama kami (Auto Tent 6-8P). Jangan tertipu walaupun kabonya untuk 6-8 orang, keselesaan hanya utk 3 org je.
Walaupun dah ade tent lain kami masih guna juga tent pertama ni.
No comments:
Post a Comment