Daisypath Friendship tickers

Nuffnang

Friday, 15 May 2020

Khatam di bulan Ramadhan...

Assalamualaikum...
Selamat pagi...


Alhamdulillah, terima kasih Allah s.w.t kerana telah memberi ruang, peluang serta memudahkan niat aku untuk khatam lagi di bulan Ramadhan. Semoga Allah terima sedekah ini bukan hanya buat diri sendiri malah khas untuk arwah abah Samsi Anuar bin Salleh. Dua tahun dah abah tinggalkan kami semua, dua tahun ni juga kaklong dapat khatam dalam bulan mulia abah. Kehilangan abah memberi kesedaran juga hikmah buat kaklong bukan sahaja kesedihan. Alhamdulillah selesai sudah #roadtokhatam untuk Ramadhan tahun 2020. Semoga ada rezeki, ruang, peluang & dimudahkan lagi buat aku, ahli keluarga yang lain & sahabat-sahabat untuk khatam lagi di masa akan datang. Terharu & terima kasih pada kenalan yang cakap diorang terinspirasi melihat aku khatam & mereka juga ingin turut khatam. Ambil yang baik-baik sahaja. Jangan berhenti, bermula kembali di bulan yang mulia juga ye korang.




P/s: Semoga Allah mudahkan untuk setiap tahun buat aku dan semua.

Tuesday, 17 March 2020

Malaysia Tanah Airku...

Assalamualaikum...




Semoga semua rakyat Malaysia dipelihara serta dilindungi oleh Allah s.w.t . Semoga semua orang tak selfish dan lebih peka. Boss dah suruh bawa balik laptop, sambung kerja di rumah. Saya Yang Menjalankan Amanah. Jaga diri semua orang. Semoga Allah bantu kita dalam menjalani hari-hari mendatang dan diberi kebebasan juga kesembuhan sepenuhnya dari Covid-19, inshaAllah. Semoga kiranya Engkau hindarkan kami Ya Allah dari bala dan wabak. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu, aamiin....




P.s : Ya Allah aku berlindung dengan-Mu daripada penyakit sopak, gila, kusta dan penyakit-penyakit berbahaya.

Thursday, 6 February 2020

Heart...

Assalamualaikum...



Yup, ianya agak menguntungkan...
While keeping someone you hate in your heart, your heart will be scarred & hurt. Keep people you like in your heart. Only then can you eat well and sleep well - (CLOY).
 Keep on rocking! awek muda weh, serius. You don't need to be perfect to be good!





P/s : I'm learning to love myself & i love myself as i am...

Thursday, 16 January 2020

Kenangan, Tahun 2019...



Assalamualaikum....

Permulaan tahun yang agak kemarau.
Kering-kontang. Kemudian....
Cuaca yang segar & indah hadir dipenghujung tahun 2019.
I missed myself. Im glad shes coming back.
Kehidupan peribadi aku sangat-sangat baik. Alhamdulillah.
Cuma kemarau & kering itu lebih kepada kerjaya.




P/s: My husband is my Best friend!
       Sepi blog aku tiada post utk tahun 2019...

Tuesday, 18 September 2018

Abah pergi buat selamanya...

Asalamualaikum...

Al-fatihah abah, Samsi Anuar bin Salleh.
Alhamdulillah kami semua (mak, anak-anak/menantu dan cucu-cucu abah) mengelilingi abah sehingga nafas terakhir abah...







Rindu yang tiada penghujung 😢
Kami rindu abah sangat, setiap kali baca yassin malam jumaat pasti air mate peneman setia. Walaupun abah tiada pada pandangan kaklong tapi abah sentiase ada dalam hati kaklong & kami semua. Sekarang kaklong dah rasa pedihnye kehilangan seorang abah. Betul la kate org dah takde, nak meratap pun tak gune. Bersyukur sangat-sangat kpd Allah sebab beri peluang kaklong luangkan mase jaga/temankan abah dalam tempoh abah stroke dari tahun 2015.

Kami semua redha diatas permergian abah. Tapi kami juga seperti orang lain yang tak lari dari berkata-kata dan memikir kenapa cepat sangat abah pergi tinggalkan kami semua 😭 . Ada satu hari seorang sahabat telah mengingatkan kaklong, mungkin dia risau tengok kaklong terlampau bersedih diatas kehilangan abah. Alhamdulillah Kaklong lebih sedar & lebih waras bile bace kata-katanya. Terima kasih sahabat, kerana kau mengingatkan aku pada Allah. Aku harap kau tahu siape kau yang aku maksudkan.

Semoga Abah tenang bersama golongan orang-orang yang beriman serta dilapangkan dan diterangi cahaya di alam sana. Juga dijauhkan dari azab api neraka & diampuni segala dosa-dosa abah sepanjang hayat abah, amin yarobbala'lamin....

: 13.10.1959 - 02.05.2018 (Rabu)
: 10:45 a.m 
: Stroke



P/s : Hampir 5 bulan abah pergi dan berada di alam yang kekal abadi... 🐝

Friday, 27 January 2017

Langgar kucing...

Assalamualaikum & pagi semua...

Kakak sedih...
Kakak nangis...
Kakak cuai...
Kakak lalai...
Kakak tak fokus...
Kakak ambil mudah...
Kakak teruk...
sangat-sangat teruk!!!

Kakak akan ingat tarikh 25 Januari 2017 sebab pukul 8malam, mase nak undur kereta kakak terlanggar Apple... Apple kakak minta maaf sangat-sangat... Apple punye jerit kesakitan buat kakak cuak, menggigil satu badan sambil menangis... Ampun ya Allah, maafkan kakak Apple..

Esoknya kakak dan abang sehari suntuk musing dari satu klinik ke satu klinik haiwan nak buat x-ray untuk Apple. Akhirnya jumpa jugak. Hasilnya tulang ekor Apple putus. Lagi la laju gile air mata kakak keluar bile tengok x-ray tu. Lagi meraung bile vet bagitau kalau ekor Apple mati, nanti kene potong ekor tu.. Uwaaaaa T_T ..... Ampun dan maafkan kakak Apple, sebab kecuaian kakak Apple jadi mangsa... Alhamdulillah vet jugak ade cakap yang Apple stabil cuma masih trauma dan sakit. Ya Allah semoga kau dengarlah setiap doaku buat Apple, amin yarabbala'lamin... Sesungguhnya Engkau MAHA MENDENGAR...


X-ray, tulang ekor Apple putus...


Kakak sayang Apple sangat-sangat... Maafkan kakak ye...






P/s: Perkara yang paling mudah untuk mendapatkan pahala ialah pada kucing. Berbaik pada binatang sudah tentu dapat pahala, kalau pada manusia?

Tuesday, 13 December 2016

Gubahan hantaran yang super simple...

Assalamua'laikum & pagi kawan-kawan alam maya...
Dah pertengahan bulan Disember.. Ape orang putih kabo "time flies like an arrow". Pantas, tak sedar. Bulan ni macam akan ade update lagi je kalau tade pape la, kalau malas see you all on January 2017 la ye. Next year ..

Tinggal lagi beberapa hari je lagi adik bongsu awak nak mendirikan rumah tangga. Seda tak sedarlah haa... Alhamdulillah hampir semuanya dah setel tinggal beberapa item je yang masih belum iaitu buah-buahan, kek dan sirih junjung. Sebab barang-barang ni fresh, so tak ley la nak buat awal-awalkan, yang lain dah bereh. 

Memandangkan adik awak lelaki dan dia pulak kene hias barang hantaran sendiri sebab pihak pempuan nak hias barang hantaran sebelah/untuk perempuan sendiri, jadi awak sebagai kakak yang sado ni pon buatlah gubahan hantaran yang super simple khas buat adik bongsu awak.


Nah awak banje gambo, ni le hasil dari jejari montoks awak haa....














P/s: Gubahan hantaran yang ringkas dari kakak untuk adiknya.. Kakak tak berwang, jadi kakak sponsor ape adenya la.. Alhamdulillah siap dan tercapai la hajat awak nak buat gubahan hantaran sendiri.. ade yang nak tempah ke? hahaha...