Daisypath Friendship tickers

Nuffnang

Monday 19 December 2022

Basikal lipat kita...

 Assalamualaikum & hai...

Kayuhan santai MamaLong & Papalong, ada banyak gambar sebenarnya dan ini hanya sebahagian darinya. Baru setahun pengalaman dalam dunia kayuhan leha-leha ni, kami bukan profesional tau. Kami kayuh untuk isi masa kami dengan aktiviti outdoor, selain tu dapatlah buat aktiviti yang lebih sihat, giiituuu....

0km Kuala Lumpur, Malaysia.


River of Life...


Pintasan Saloma (Saloma Bridge).
Kayuhan di Bandaraya Kuala Lumpur memang santai dan selamat sebab pihak DBKL ada sediakan lane basikal serta tempat untuk korang berhenti berehat dan santai.


Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.
Setiap hujung minggu jika tiada hal, seawal 7 pagi tayar basikal kami dah bergolek. Kami kayuh dari rumah ke KL.


Night ride, memang seronok sebab korang boleh tengok view lampu yang menerangi KL, cantik! Tapi aku juga nak ingatkan supaya korang berhati-hati sebab agak banyak kenderaan waktu malam. Jangan lupa pasang lampu dan pakai helmet untuk keselamatan. Korang boleh bawa extra lampu atau power bank, bukan apa takut bateri lampu habis.


Putrajaya, route sana best ada turun naik bukit.


Genting Peras, sempadan antara Negeri Selangor dan Negeri Sembilan.


Alhamdulillah, yeaay! finally kami dapat tawan Perez. Mana geng FB (folding bike) kene bersedia sebab bukit dia mencanak tak boleh bawa berbincang weh, minta nyawa! Geng RB (road bike) & MB (mountain bike) korang memang dasyat sebab boleh kayuh sampai 2 ke 3 round! Geng kayuh, korang memang kena pergi kayuh ke Perez nun, dapat naik sekali pun jadilah, kena cuba ok.

#shamandbaiprettyfunride




P/s: Kami bercita-cita nak kayuh di Negeri Melaka & Pulau Pangkor, Perak. Berangan nak kayuh luar dari KL dan bawa basikal naik train ;) ... InshaAllah, one day...

No comments:

Post a Comment