Daisypath Friendship tickers

Nuffnang

Sunday, 7 February 2021

Kongsi rezeki...

 Assalamua'laikum & selamat malam...
Rezeki di hari Jumaat, penghulu segala hari...





Alhamdulillah, syukur dengan rezeki yang Allah hadirkan pada aku. Terima kasih pada suami yang tak pernah lokek kongsi rezeki dengan isteri dia ni. Aku bersyukur dengan rezeki ini, walaupun ianya laptop terpakai aku sangat senang dan sangat terharu dengan pemberian ini. Melompat aku masuk rumah bila suami bagi laptop ni. Memandangkan dengan keadaan negara yang masih dalam fasa PKP (2.0), kemudahan seperti ni sangat-sangat perlu buat masa sekarang. Semua aktiviti dijalankan secara online. Work from home juga masih berjalan mengikut jadual. Syukur sangat dengan nikmat dan rezeki yang Allah beri pinjam di dunia ini. Kasihnya seorang suami yang tak berbelah bahagi.



P/s:  Semoga Allah sentiasa melimpahkan, meluaskan juga berikan rezeki yang tak putus-putus serta yang baik-baik buat suami aku, Aisam Bin Osman supaya aku Siti Baidura Binti Samsi Anuar akan selalu terkena tempiasnya, aamiin... (Doa ini aku memang selalu dan sentiasa amalkan, memang berkesan weh, sampai suami aku juga dah terikut dan doa yang sama jugak 😆😄)...

Wednesday, 6 January 2021

Mak...

 Assalamualaikum dan selamat pagi...


Sementara ada...
Terima kasih Allah kerana memberi peluang dan kesempatan untuk aku bahagiakan mak dengan cara aku dan apa adanya aku. Terima kasih mak sentiasa ada, bukan saja sebagai emak, tapi sebagai sahabat untuk kami semua. Seorang yang periang dan kuat membebel. Itulah mak kami. Kalau jumpa asik nak lawan mulut, bile tak jumpa mula rase sunyi dan teringat-teringat mulut bising mak. Semoga Allah kurniakan mak, Mawarna Binti Bikman kesihatan yang baik, kebahagian yang sentiasa, kasih sayang yang melimpah, rezeki yang baik-baik tiada hentinya. Semoga mak gembira dengan kami walaupun abah tiada disisi mak. Abah, kami semua jaga mak untuk abah.




P/s: Kasih sayang yang benar itu sangat susah untuk dimiliki, bukan semua orang dapat memilikinya dengan ikhlas.

Thursday, 19 November 2020

Bulan dia...

 Assalamualaikum & pagi semua...

Bulan ni, bulan dia. Macam pasangan yang lain, mungkin juga tidak. Selamat ulang tahun kelahiran suami a.k.a bff daku. Aktiviti keluar makan itu mmg selalunya, setiap tahun akan berlaku beserta hadiah. Tahun ini macam tahun-tahun yang lalu juga. 

Inilah orangnya, semoga Allah melindungi, merahmati juga memberkati kehidupan Aisam didunia juga diakhirat sana. Semoga kau akan dilimpahi dengan rezeki-rezeki yang baik dan luas dari segala segi, mahupun kesihatan, kewangan, kebahagian dan semuanya yang baik-baik aje.. Semoga kau dan aku terus istiqomah dalam menjalani ibadah Allah.



Isterikan, haruslah banyak gamba dari suami 😆. Bff i ni ade taste yang baik juga, baju i tu dia yang belikan, terima kasih suami...




P/s: I love you suami. #myhusbandismybestfriend .

Thursday, 15 October 2020

Kita...

 Assalamualaikum & pagi...

Terima kasih Allah sebab hadirkan Aisam sebagai teman hidup yang berkongsi segala rasa bersama di  dunia ini. 

Inilah kehidupan. Sentiasa punya idea untuk buat aku senyum & tertawa.


Terima kasih sebab tak sabotaj masa ambil gambar ni. 




P/s : Hampir dua belas tahun hidup berumah tangga.

Monday, 28 September 2020

I'm blessed...

Assalamualaikum dan selamat pagi...


Alhamdulillah, aku bersyukur dengan segala rezeki yang Engkau limpahkan padaku Ya Allah. Terima kasih September 2020 kerana meninggalkan banyak kenangan manis buat aku. Semoga Allah s.w.t sentiasa permudahkan segala urusan aku di Dunia juga di Akhirat nanti. Terima kasih Allah kerana Kau kurniakan rezeki yang luas serta melimpahkan rezeki yang banyak dan baik buat aku. I'm blessed!





P/s: September baby, virgo quotes : "you make a living by what you earn,  you make a life by what you give". Bersyukur apa adanya.

Monday, 24 August 2020

Moga aku tidak leka...

 Assalamualaikum & selamat pagi...

 


Biarlah tak belajar sampai degree, tapi masih boleh berdiri sendiri dan punya rezeki dari ilahi.
Biarlah tak punya pangkat tinggi, kurang-kurang masih punya kerjaya dan tak mudah pandang rendah pada orang bawahannya.
Biarlah tak kaya dan beharta, tapi Allah masih beri rasa senang.
Biarlah tak punya paras rupa yang cantik, kurang-kurang tak lupa diri dan punya rasa angkuh.
Biarlah orang nak mengeji, tidak mendatangkan rugi pada diri hanya sedikit sakit hati. Tidak Mengapa.
Biarlah apa pun, carilah bahagia dengan apa adanya dan mampunya kita.

Semoga diri ini tidak pernah lupa dan alpa. Bersyukur apa adanya walaupun rezeki yang datang hanya sebesar kuman. Aku mohon juga meminta Allah jaga hati, sikap & perbuatan aku, jangan sesekali judge orang atau memandang rendah pada orang lain walaupun mereka adalah seorang jaga mahupun tukang kutip sampah. Setiap kita punya jalan dan haluan hidup masing-masing, moga kite berbahagia dengan jalan hidup kita dan tidak pertikai jalan hidup orang lain. Moga aku tidak leka.




P/s: Segala yang ada hanya pinjaman dari Allah. Jangan pernah pertikai mahupun rasa irihati terhadap jalan hidup orang lain. Sentiasa bersyukur. Terima Kasih Allah.

Friday, 14 August 2020

My world is always you...

Assalamualaikum & selamat pagi...

My husband is my bestfriend...

Kami bertemu pada tahun 2007, kemudian menikah pada tahun 2009. Alhamdulillah walau dalam apa jua keadaan & masih berdua... Semoga akan sentiasa dikelilingi dengan perkara dan aura yang baik-baik serta positif. 

 Gambar raya Aidil Adha yang ringkas...

Outfit BFF i ni adalah kepunyaan arwah abah...
Al-Fatihah Abahku, Samsi Anuar bin Salleh...

Bukan aje suami tapi dia kawan baik malah geng ride i jugak..

Ride pertama bersama dalam tempoh PKPP (Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan). PapaLong bawa MamaLong ke Melaka, lama tak ride since PKP(Perintah Kawalan Pergerakan) bermula pada Mac 2020 haritu.




P/S : Next ride cuti Merdeka, InshaAllah...