Daisypath Friendship tickers

Nuffnang

Thursday 31 January 2013

Surah Al-Kautsar...

Assalamua'laikum...

Arini nak share ngan korang pasal surah yg sangat pendek tapi hikmahnye... mari lah kite sesame amalkan....

Surah ni mengandungi 3 ayat & diturunkan di  Makkah, bermaksud sungai di Syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik. Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib. 

Khasiat yang terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan :-

1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t makbulkan doa kita.

2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, in shaa Allah hilang dahaga.

3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebnyak 10x pada mata.

4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan Allah s.w.t bagi ilham pada kita di mana letaknya sihir itu.

5) Jika membacanya 1000x, rezeki kita akan bertambah.

6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan kusyuk ketika menunaikan solat.

7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah s.w.t akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.


Maksudnya :-

1) Sesungguhnya Kami telah mengurniakan kepadamu (wahai Muhammad) kebaikan yang banyak (di dunia & di Akhirat).

2) Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur).

3) Sesungguhnya orang yang bencikan engkau, Dialah yang terputus (dari mendapat sebarang perkara yang diingininya).




P/s : Feel free to share .....

1 comment:

  1. Surah-surah Al-Quran sememangnya mempunyai banyak penawar....tetapi dimana dalil nya didalam quran yg menyuruh kita baca dan picit tengkuk....atau melawan sihir....atau untuk sembuhkan sakit mata....baca 10x....dan lain-lain. Kita tak boleh menjadi ejen penyebar ilmu kalau sumber ilmu itu kita tidak ketahui...mungkin kita akan jadi ejen iblis yang selalu tujuannya menyesatkan kita...Nauzubillah min zalik.... Minta terus kepada Allah SWT...itu yg lebih afdal...

    ReplyDelete